Tahun 2025 ditutup dengan lebih bermakna menerusi Peluncuran Pesona 3 Wilayah dalam memperkasakan identiti dan daya tarikan pelancongan unik di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan sebelum berlangsung Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Festival Lentera Putrajaya.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. En. Mohd. Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, YBhg. Datin TPr Salmah binti Hj. Salman Naib Presiden (Perancangan Bandar), Perbadanan Putrajaya serta YBrs. En. Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan(MSWP).
Kredit foto: Perbadanan Putrajaya