biru hijau merah
A- A A+
Bahasa Lain
1akses

  •  Bil.   Rujukan   Sumber   Aduan/Pertanyaan   Maklumbalas 
      1  
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

     SISPAAA  Aduan jiran memelihara kucing liar  

      Pihak DBKL telah menjalankan siasatan ke atas lokasi yang diadukan pada 27/01/2017.Semasa siasatan dilakukan, pemilik premis ada di dalam premis tetapi tidak memberi kerjasama dengan tidak membuka pintu.

      Sehubungan dengan itu, pihak DBKL telah mengeluarkan Notis terakhir Mengkehendaki Kacauganggu Dihapuskan Seksyen 82 No. JK/HS 008219 dalam tempoh 5 hari. Pihak DBKL juga akan mengeluarkan kompaun tidak mematuhi arahan menghentikan Kacauganggu selepas tarikh notis tamat tempoh. Sekiranya pemilik premis masih ingkar dan tidak memberi kerjasama pihak DBKL akan mengambil tindakan sita/rampasan kucing peliharaan berkenaan.



      2  Perbadanan Putrajaya  SISPAAA  Kereta ini telah sekian lama ditinggalkan tersadai di dalam kawasan taman warisan.  

      Terlebih dahulu Perbadanan Putrajaya (PPj) mengucapkan terima kasih atas keperihatinan aduan yang telah dikemukakan oleh puan. PPj memandang positif berkenaan aduan yang diutarakan dan akan melihat keberkesanan perkara ini dari semasa ke semasa. Untuk makluman,aduan yang diterima telah diambil tindakan oleh Bahagian Penguatkuasaan, PPj pada 06 JANUARI 2016. Dimana Bahagian Penguatkuasaan telah mengeluarkan notis pengalihan kepada pemilik kereta tersebut dan tundaan akan dilaksanakan selepas tamat tempoh notis pengalihan.



      3   
    Perbadanan Labuan

     SISPAAA  Lampu Jalan Tidak Berfungsi  

      Untuk makluman, pihak PL telah mengarahkan kontraktor penyelenggaraan yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan lampu dan kerosakan tersebut telah siap dibaiki pada 16 Februari 2017.



      4   
    Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

     SISPAAA  Berkenaan Ahli Kontijen Sukma  

      Untuk pengetahuan Kontinjen SUKMA WP merupakan KPI Utama MSWP dan komponennya boleh dibahagikan kepada 2 iaitu :-

    I) Pengurusan - Pelaksanaan untuk pengurusan adalah dengan penubuhan Jawatankuasa Induk Kontinjen dengan pelantikan Ketua Kontinjen dan 3 orang Timbalan Ketua Kontinjen merangkumi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

    - JK Induk pula akan menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa Kecil untuk pengurusan yang lebih spesifik berdasarkan keperluan pasukan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
    - Pemilihan ahli jawatankuasa pula menitikberatkan kepentingan yang wujud di dalam sesuatu jawatankuasa yang merangkumi kesemua jabatan-jabatan kerajaan, swasta dan orang perseorangan kepentingan mencapai sasaran.

    II) Pasukan - Pasukan merangkumi persatuan sukan atau pasukan yang telah dipilih berdasarkan keputusan pertandingan hasil daripada latihan yang dijalankan.

    - Pemilihan atlet ke dalam pasukan hanya merangkumi YANG TERBAIK berhak mewakili WP di dalam SUKMA
    - Pegawai pasukan pula merangkumi Pengurus Pasukan yang dipilih persatuan dengan persetujuan MSWP dan jurulatih pula merupakan Jurulatih yang dilantik oleh MSWP melalui Panel Jurulatih

    III) Pasukan Sukarelawan - Pasukan Sukarelawan pula merupakan sub-jawatakuasa yang ditubuhkan dibawah Jawatankuasa-jawatankuasa kecil berdasarkan keperluan untuk memantapkan fungsi yang wujud dibawah jawatankuasa berkenaan. Seperti contoh, Pasukan Fisio yang dipilih daripada Jabatan Kesihatan, pelajar-pelajar Sains Sukan, jurulatih-jurulatih sukan ditubuhkan dibawah Jawatankuasa Perubatan. Contoh lain adalah Pasukan Sorak yang dipilih daripada sekolah-sekolah yang diberikan oleh pihak tuan rumah SUKMA berdasarkan keperluan dari beberapa aspek seperti logistik dan pengangkutan.



      5   
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

     SISPAAA  Kerosakan dan Kebocoran Paip Kuarters Kepong  

      Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pengadu. Untuk makluman, aduan berkenaan tidak pernah diterima oleh Pihak Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, DBKL samada secara bersemuka, melalui telefon atau secara bertulis daripada pengadu. Walaubagaimanapun, siasatan dilokasi telah dibuat setelah menerima aduan melalui Biro Pengaduan Awam (BPA). Untuk makluman, kerja-kerja menaik taraf Kuarters Kepong adalah di bawah selenggaraan Unit Penyelenggaraan Bangunan, Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan dan telah selesai dilaksanakan.

      6   
    Perbadanan Putrajaya

     SISPAAA  Aduan Perkhidmatan Bas Nadi Putra

      Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas teguran yang diberikan dan pihak PAPTT mengalu – alukan cadangan/teguran dari pihak Tuan/Puan. Pihak kami juga berterima kasih kerana tuan/puan menggunakan serta menyokong perkhidmatan Pengangkutan Awam di Putrajaya. Untuk makluman pihak tuan / puan, pihak kami menyediakan 4 buah bas untuk laluan L08 dari Putrajaya Sentral – P9 – P11 – Putra Damai – P11(balai Polis) – p11B – P11J – P11B – P11A – P10 – P8 – P2,3,4 – Dataran Gemilang – P4,3,2 – P8 – P10 – P11A – P11B – P11J – P11(balai Polis) – Putra Damai – P11 – P9 – Putrajaya Sentral dengan kekerapan 30 minit. Keterangan laluan, masa dan kekerapan seperti berikut :

    Laluan

    Masa berlepas dari Putrajaya Sentral

    Kekerapan

    Catatan



    L08 – 4 bas





    6.30am, 7.00am, 7.30am, 8.00am, 8.30am, 9.00am





    30 minit



    Bergantung kepada keadaan lalulintas dan jumlah penumpang




      Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak Nadi Putra berkaitan kelewatan yang dihadapi oleh pihak tuan/puan adalah diterangkan seperti hasil siasatan berikut :-

      5hb Januari 2017 – pada jam 6.30am bas laluan L08 berlepas dari Putrajaya Sentral dan dijangka tiba di Presint 11A pada jam 6.40am – 6.55am bergantung kepada jumlah penumpang yang menaiki bas dan keadaan trafik lalulintas. Pada jam 7.00am bas yang sepatutnya berlepas dari Putrajaya Sentral mengalami kerosakan injin secara tiba-tiba dan proses pertukaran bas dilaksanakan serta merta. Walaubagaimanapun kelewatan ketibaan bas akan berlaku disebabkan proses pertukaran bas.

      9hb Januari 2017 – bas laluan L08 yang sepatutnya berlepas pada jam 6.30am dari Putrajaya Sentral telah mengalami kerosakan injin secara tiba-tiba di pertengahan jalan Presint 9. Bas yang berlepas dari Putrajaya Sentral pada jam 7.00am tiba di Putra Damai Presint 11 pada jam 7.19am dan tiba lewat di Presint 11A disebabkan berlakunya kesesakan trafik lalulintas di jalan Presint 11(balai Polis), Presint 11J dan Presint 11B.

      11hb Januari 2017 – bas laluan L08 yang sepatutnya berlepas pada jam 6.30am dari Putrajaya Sentral tiba-tiba mengalami kerosakan injin yang berada di luar jangkaan pihak kami. Bas yang berlepas dari Putrajaya Sentral pada jam 7.00am tiba di Putra Damai di Putra Damai Presint 11 pada jam 7.15am dan tiba lewat di Presint 11A disebabkan berlakunya kesesakan trafik lalulintas di jalan Presint 11(balai Polis), Presint 11J dan Presint 11B

    Masa berlepas dari Putrajaya Sentral

    Masa  Dijangka tiba di Putra Damai Presint 11

    Masa Dijangka tiba di Presint 11A

    Catatan

    6.30am

    6.40am – 6.50am

    6.45am – 7.00am

    Bergantung kepada keadaan trafik lalulintas di Jalan P11(balai Polis), P11B dan P11J

    7.00am

    7.10am – 7.20am

    7.30am – 8.00am

    Bergantung kepada keadaan trafik lalulintas di Jalan P11(balai Polis), P11B dan P11J


      Kelewatan ketibaan mungkin akan berlaku disebabkan kesesakan trafik lalulintas yang berada di luar kawalan pihak kami.

      Pihak kami memohon maaf di atas kelewatan yang dihadapi oleh pihak tuan / puan yang berpunca daripada kerosakan bas yang berlaku secara tiba-tiba yang berada di luar jangkaan dan kami akan cuba sedaya upaya berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bas dalam Putrajaya dari masa kesemasa.

      Pihak kami juga akan cuba memastikan bas Laluan L08 berlepas dari Putrajaya Sentral pada jam 6.30am sentiasa ada bas dan akan cuba gantikan bas tersebut secepat mungkin sekiranya berlaku masalah yang di luar jangkaan supaya pihak tuan / puan dapat sampai ketempat kerja mengikut masa yang ditetapkan.

      7  
    Perbadanan Labuan

     SISPAAA  Menaik taraf kemudahan taman botani labuan  

      Pihak DBKL telah menjalankan siasatan ke atas lokasi yang diadukan pada 27/01/2017. Semasa siasatan dilakukan, pemilik premis ada di dalam premis tetapi tidak memberi kerjasama dengan tidak membuka pintu.

      Untuk makluman, PL mengambil maklum sebelum ini mengenai kerosakan - kerosakan kemudahan awam di Taman Botanikal Labuan. Kerosakan - kerosakan tersebut tidak dapat dibaiki oleh PL disebabkan oleh kekangan bajet.Walaubagaimanapun, PL telah membuat permohonan bajet di dalam Rancangan Malaysia Ke - 10 bagi pelaksanaan kerja - kerja kerosakan di Taman Botanikal Labuan. PL juga akan menutup dan memasang tanda amaran/bahaya di kemudahan awam yang telah rosak dan berbahaya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.Oleh itu, pihak kami berharap agar permohonan bajet tersebut dapat diluluskan bagi menambahbaik perkhidmatan PL kepada warga Labuan khususnya dan seterusnya membaiki kerosakan yang boleh dibaiki dengan kadar segera.

      8  
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

     SISPAAA  Pedestrian traffic light malfunctioned in Sentul, KL  

      Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pengadu .Untuk makluman, tindakan membaiki kerosakan lampu isyarat pejalan kaki di lokasi yang diadukan telah dilaksanakan pada 20 April 2017.

      9  
    Perbadanan Putrajaya

     SISPAAA  Aduan berkenaan sampah tidak dipungut  

      Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pengadu .Untuk makluman, tindakan membaiki kerosakan lampu isyarat pejalan kaki di lokasi yang diadukan telah dilaksanakan pada 20 April 2017.

      10  
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

     SISPAAA  Aduan berkenaan sampah tidak dipungut  

      Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan pengadu. Siasatan awal dan Operasi Anti Litter telah dijalankan pada 3 dan 19 Mei 2017. Hasil siasatan mendapati premis kotor dan tidak mengamalkan kebersihan di kawasan sekitar. Sehubungan dengan itu, amaran lisan dan pengeluaran 2 notis kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik premis agar menjaga kebersihan premis dan tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. 

  •  Bil.   Rujukan   Sumber   Aduan/Pertanyaan   Maklumbalas 
      1  
    Kementerian Wilayah Persekutuan

     Webmaster   Penggunaan fasiliti - Dewan Serbaguna Menara Seri Wilayah  
    Penggunaan Dewan KWP hanya untuk kegunaan rasmi sahaja.  
    Walaubagaimana pun sebagai suatu  kebajikan kepada warga KWP  bagi majlis persendirian/pekahwinan hanya dibenarkan kepada  warga KWP  sahaja.

      2  Majlis Sukan Wilayah Persekutuan  SISPAAA  Kursus Kejurulatihan Olahraga  
     - Kursus ini adalah anjuran Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan. Adalah disarankan kepada pengadu untuk berhubung terus dengan pihak persatuan di talian (Tel) 03-27152843 (Fax) 03-27152678 email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang kursus tersebut.
     - Telah dimaklumkan juga bahawa "Coaching Chairman" persatuan ini telah bertukar. Oleh kerana itu, dikhuatiri akan ada perubahan terhadap kursus tersebut.

      3   
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

     1MOCC  Cadangan Untuk DBKL  
    Jabatan Penguatkuasaan, DBKL sememangnya ada membuat  kawalan di sebelas persimpangan jalan untuk melancarkan lagi pergerakan lalulintas pada waktu kemuncak dengan kekuatan satu atau dua orang Warden Trafik  bersama Polis Trafik Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

      4   
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

     SISPAAA  Penukaran Aliran Trafik  
    Sebarang Pertanyaan dan makluman, pihak pengadu boleh menghubungi Unit Aduan, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Awam, DBKL di talian 03-2617 9392  dan 03-2617 9384

      5   
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

     SISPAAA  Kenaikan harga bayaran parking di Park n Ride LRT Bandar Tasik Selatan  
    Permasalahan ini adalah di bawah bidangkuasa dan tindakan Yayasan Wilayah Persekutuan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Nor Izaty binti Jamil ditalian 03-2698 3073.

      6   
    Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

     Biro Pengaduan Awam  Aduan tentang mesin pembayaran parkir DBKL
    Permasalahan ini adalah di bawah bidangkuasa dan tindakan Yayasan Wilayah Persekutuan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Puan Norezaty Shuhada binti Jamil  ditalian 03-2698 3073.

Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan |  Penafian  |Peta Laman 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Kementerian Wilayah
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas
& juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. Tarikh Kemaskini: 22/08/2018
iso intelek iso standards ukas management qrCode kwp
.