biru hijau merah
A- A A+
Bahasa Lain
1akses
  • Bil. Tajuk Tujuan Status/Jawapan
     1  Jawatan Kosong 2018 Adakah jawatan kosong di kementerian wilayah perseketuan gred 41. Kalau ada bagaimanakah cara-cara untuk mendaftar pekerjaan tersebut Pihak Kementerian Wilayah Persekutuan mengucapkan terima kasih atas permohonan mendapatkan maklumat yang diterima melalui Webmaster dan pihak kami memandang positif permohonan yang telah dikemukakan oleh tuan. Untuk makluman tuan, tuan boleh menghubungi pegawai berikut Puan Zarina binti Zakaria di talian 03-8889 7963 / emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk tujuan permohonan dan semakan.
  • Bil. Tarikh Perkara Maklumbalas
     1  16/01/2017 Saya ingin bertanya bagaimana saya nak menyewa tempat di kafeteria bangunan Kementerian Wilayah Persekutuan di Putrajaya Presint 2. Untuk makluman, cafeteria di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dikelolakan oleh Kelab Kebajikan Dan Sukan Kementerian Wilayah Persekutuan (KESWIP). Sebarang urusan boleh berhubung dengan Ketua Biro Ekonomi & Keusahawanan Encik Mohd Bakti Mohd Sahid di talian 03 8889 7840 (Telefon)
     2 04/10/2017

    Borang Mendapatkan Maklumat : kesilapan mengisi pendapatan kasar – Rumawip

    Harap pihak tuan membenarkan saya untuk reset profil pemohonan,agar saya dapat memberi maklumat yang betul dalam pemohonan untuk medapatkan kediaman di wilayah persekutuan.hal ini kerana projek yang saya mohon tarikh perhantaran dokumen pada Disember 2017,jika saya terpaksa menunggu pada tahun 2018,saya tidak dapat memohon projek tersebut,kerjasama dan budi bicara pihak tuan,puan saya harapkan.

    Maklum Balas Pertanyaan:

    Sukacita dipohon kerjasama untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara-perkara berikut:

    a)Tujuan lawatan (dan harapan daripada lawatan ini nanti);

    b)Senarai delegasi (dan maklumat lanjut ketua delegasi - CV);

    c)Sedikit latar belakang mengenai program Master of Development Administration, UNHAS;

    d)Adakah akan dilawati Kementerian/Jabatan lain selain Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP);

    e)Adakah lawatan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia atau Wisma Putra; serta

    f)Lain-lain maklumat berkaitan yang dirasakan perlu untuk dimaklumkan.

    Perhatian dan kerjasama pihak tuan untuk memberikan maklum balas segera bagi membolehkan penyelarasan selanjutnya dibuat amat dihargai.

     3  09/10/2017

    Saya ingin mengetahui status permohonan RUMAWIP RESIDENSI KEPONGMAS

    Rujukan permohonan : RUM/RKMS/91909. Saya juga ingin bertanya adakah rumah tersebut telah penuh untuk dimiliki kerana status di website RUMAWIP masih dalam proses sedangkan ada cakap-cakap menyatakan rumah tersebut telah habis di jual. Semasa saya menghantar dokumen tersebut, saya dimaklumkan keputusan permohonan akan keluar pada April 2017. Sehingga kini tiada pemakluman berkenaan permohonan tersebut. Saya juga ada maklumat rumah tersebut kebanyakkan dimiliki melalui agent atau pemaju, hal ini juga ada dibincangkan dalam satu group di Facebook dan saya telah simpan perbualan tersebut untuk rekod simpanan saya. Mohon maklum balas berhubung perkara ini.

    Untuk makluman, Kementerian ini mendapati puan mengemukakan permohonan kepada agen pemaju yang beroperasi di Anjung RUMAWIP di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bukanlah kepada kakitangan DBKL yang bertugas di kaunter serahan. Berdasarkan semakan, urus setia RUMAWIP DBKL tidak menerima borang permohonan puan untuk urusan tapisan daripada agen pemaju. Sehubungan itu, Kementerian mencadangkan supaya puan berurusan dengan agen pemaju berkenaan bagi mendapatkan status terkini permohonan yang telah diserahkan sebelum ini. Maklumbalas pada 10.10.2017 Lanjutan daripada aduan pertama, KWP telah membuat semakan lanjut dengan DBKL dan mendapati dokumen permohonan puan tidak lengkap dan telah dipulangkan semula kepada pihak pemaju untuk dilengkapkan oleh pihak pemohon. Dalam perkara ini dipohon kerjasama puan untuk mendapatkan maklumat terkini status permohonan dan dokumen puan dengan agen pemaju terbabit.
     4  09/10/2017

    Permohonan pekerja Sambilan Harian (PSH)

    Permohonan telah dipanjangkan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan yang menguruskan proses permohonan Pekerja Sambilan Harian (PSH).
     5  12/10/2017

    Job Application: Any executive Position

    Permohonan telah dipanjangkan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan yang menguruskan proses permohonan Pekerja Sambilan Harian (PSH).
     6  24/10/2017

    Borang Mendapatkan Maklumat:Permohonan Pra-Pensijilan KWP

    Pihak tuan/puan boleh merujuk perkara berkaitan biodegradasi dengan pegawai seperti berikut :

    1.Encik Mohd Fahmi bin Said – 03 8889 7867

    2.Encik Mohd Aizat bin Abu Bakar – 03 8889 7913

     7  25/10/2017

    Lawatan sambil belajar ke kilang Hidayah Cookies

    Terima kasih atas informasi. Kami ambil maklum dan untuk pertimbangan masa hadapan.
     8  27/10/2017

    Borang Mendapatkan Maklumat : rumawip -selesa apartment

    Pihak tuan boleh menghubungi talian seperti berikut berkenaan Rumawip :

    1. Urusetia RUMAWIP Kementerian Wilayah Persekutuan:

    -Noor Amirah binti Meskon (03-8892 3633)

    -Wan Nor Baizura binti Wan Azemi (03-8892 3634)

    -Nur Fatin Aqilah binti Norzaidi (03-8892 3636)

    2. Urusetia RUMAWIP DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

    Anjung RUMAWIP Kuala Lumpur Aras G, Menara DBKL 1 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

    No. Tel. : 03-2617 9925

    3. Khidmat Bantuan Teknikal (bagi masalah teknikal atau sistem akaun pemohon)

    No. Tel. : 03-8889 7950/7932

    4. Pertanyaan berkaitan am/status dan lain-lain boleh diemelkan emel Urusetia RUMAWIP di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

     9  01/11/2017

    Request To Conduct An Education Visit

    Pihak tuan boleh menghubungi talian seperti berikut berkenaan Rumawip :

    1. Urusetia RUMAWIP Kementerian Wilayah Persekutuan:

    -Noor Amirah binti Meskon (03-8892 3633)

    -Wan Nor Baizura binti Wan Azemi (03-8892 3634)

    -Nur Fatin Aqilah binti Norzaidi (03-8892 3636)

    2. Urusetia RUMAWIP DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)

    Anjung RUMAWIP Kuala Lumpur Aras G, Menara DBKL 1 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur

    No. Tel.: 03-2617 9925

    3. Khidmat Bantuan Teknikal (bagi masalah teknikal atau sistem akaun pemohon)

    No.Tel.: 03-8889 7950/7932

    4.Pertanyaan berkaitan am/status dan lain-lain boleh diemelkan emel Urusetia RUMAWIP di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

     10  07/11/2017 Memohon Jawatan Penasihat Bebas Kementerian Wilayah Persekutuan dan Agensi-Agensi serta Anak-Anak Syarikat Kementerian Wilayah Persekutuan  Permohonan telah dipanjangkan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan yang menguruskan proses pengambilan pekerja.
     11  14/11/2017 Memohon Jawatan cleaner bagi orang OKU di tempat River of Life

    Setelah semakan dibuat, pihak kami tidak mempunyai penawaran kerja di tempat tersebut. Walaubagaimanapun, tuan boleh merujuk kepada kementerian sumber manusia (Job Malaysia) untuk senarai bidang kerja yang berkaitan seperti pautan di bawah.

    http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_general/newVacancies.faces

     12  30/11/2017 Borang Mendapatkan Maklumat : Senarai sekolah bermasalah di kuala Lumpur Terima kasih di atas kiriman emel kepada KWP. Mengenai pertanyaan cik untuk mendapatkan senarai sekolah bermasalah di Kuala Lumpur bagi menjalankan kajian faktor yang menyebabkan kelakuan agresif dalam kalangan pelajar di Kuala Lumpur, Kementerian ini tidak mempunyai maklumat seperti yang diminta. Adalah dicadangkan cik berhubung dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (www.kpm.gov.my) bagi mendapatkan maklumat yang diingin. Diharapkan penjelasan ini dapat membantu cik dalam mendapatkan maklumat bagi melaksanakan kajian.
     13  04/12/2017 Hi admin, boleh bantu beri email/contact number untuk saya berurusan mengenai 'fire insurance certificate' bagi tahun 2018 untuk residensi kerinchi. terima kasih Terima kasih di atas kiriman emel kepada KWP. Untuk makluman pihak KWP tiada kaitan berkenaan 'fire insurance certificate'
     14  12/12/2017 Dengan rasa hormat dan syukur ke hadratNya, pihak kami menjemput tuan/puan memenuhi tentatif program dengan lawatan sambil belajar ke kilang Hidayah Cookies. Salam kejayaan,team hidayah cookies Terima kasih atas informasi. Kami ambil maklum dan untuk pertimbangan masa hadapan.
  • Bil. Tajuk Tujuan Status/Jawapan
     1  CSRU  Saya berhajat untuk mendaftar bagi permohonan "Civil Servant Reserve Unit" (CSRU)  Untuk makluman puan, pengurusan "Civil Servant Reserve Unit" (CSRU) adalah di bawah pengurusan Urusetia Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana.

    Sehubungan dengan itu sebarang pertanyaan boleh merujuk ke laman web http://www.jpm.gov.my/jpm2/en/content/csru-residential-units-putrajaya atau hadir ke Urusetia Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, Aras 1, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.

    Sekian terima kasih.
     2 Info Tentang Rumah Kos Rendah Untuk Mencari Rumah Kediaman Sendiri  Maklum Balas Pertanyaan: Info Tentang Rumah Kos Rendah

    Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada pertanyaan tuan/puan bertarikh 19/10/2016
    mengenai perkara diatas.

    2. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Kementerian Wilayah Persekutuan
    (KWP). KWP telah meneliti pertanyaan berkenaan berkenaan dan memahami perkara yang dialami oleh pihak
    tuan/puan.

    3. Untuk makluman tuan/puan pihak Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) tidak menyediakan Rumah Kos Rendah bagi menjawab pertanyaan yang dibuat. Walaubagaimanapun, pihak kementerian menyediakan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) bagi golongan yang berpendapatan sederhana di Wilayah Persekutuan. Sehubungan dengan itu, sekiranya pihak tuan/puan berminat, boleh melayari laman web rasmi RUMAWIP (https://rumawip.kwp.gov.my/ ) untuk mendaftar.

    3. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi saya, Encik Anuaruddin bin Mukibah di talian 03-88897790 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

    Sekian, terima kasih.
Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan |  Penafian  |Peta Laman 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Kementerian Wilayah Persekutuan
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas
& juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. Tarikh Kemaskini: 22/10/2018
iso intelek iso standards ukas management qrCode kwp
.