biru hijau merah
A- A A+
1akses

a. Melaksanakan sebahagian fungsi Badan Kawal Selia Air Wilayah Persekutuan (BKSAWP)

Memberi nasihat kepada Kementerian Wilayah Persekutuan mengenai penggunaan dan pemuliharaan sumber air yang efisien bagi maksud awam;

Mengatur dan mengawal pemindahan air antara lembangan dalam Wilayah Persekutuan;

Menyelaras perhubungan pelbagai agensi di Wilayah Persekutuan dan menggalakkan kerjasama serta penyelarasan untuk kegunaan sumber-sumber air pelbagai fungsi;

Mengendalikan penyelidikan berhubungan dengan pengurusan, penggunaan efisien, pembangunan dan pemuliharaan sumber- sumber air dan sumber-sumber di dalamnya;

Menyediakan latihan dan mengadakan kemudahan untuk latihan berhubung dengan pelaksanaan fungsi Bahagian ini;

Merancang penggunaan sumber air di Wilayah Persekutuan;

Merancang dan menyediakan garis panduan, strategi, standard dan prosedur mengenai pengawalan, pengurusan, penjimatan dan penggunaan sumber air dan air mentah;

Menggalakkan dan mengawal selia kecekapan dalam pembekalan air mentah;

Menyelaras kerja-kerja pemantauan, kajian daya maju dan mengumpul maklumat untuk penyelidikan dan penyediaan pelan- pelan pengurusan serta pemuliharaan sumber air;

Membangunkan kawasan yang mempunyai potensi sebagai sumber dan kawasan tadahan air di Wilayah Persekutuan;

Memberi khidmat nasihat kepada Kementerian Wilayah Persekutuan berhubung pemindahan air dari, dan di antara negeri-negeri.

b. Menubuhkan Badan Kawal Selia Air Wilayah Persekutuan

Mengkaji fungsi badan kawal selia air di negeri-negeri lain untuk dijadikan sebagai panduan dalam penetapan fungsi BKSAWP;

Mengkaji dan mencadangkan hala tuju BKSAWP;

Mengkaji implikasi kos penubuhan BKSAWP;

Membuat unjuran bagi jumlah hasil yang akan dikutip oleh BKSAWP;

Mengkaji dan mencadangkan struktur organisasi yang efisien bagi BKSAWP;

Perkara-perkara lain yang melibatkan penubuhan BKSAWP.

c. Mengawal Selia Sumber Air di Wilayah Persekutuan

Mengkaji jumlah isi padu air di kawasan tadahan yang telah dikenal pasti;

Mengkaji unjuran permintaan bekalan air bersih di Wilayah Persekutuan bagi membolehkan sumber air mentah disediakan;

Menjalankan kajian kualiti air di kawasan tadahan yang telah dikenal pasti;

Menjalankan kajian ke atas sumber air seperti air bawah tanah, pengumpulan air hujan dan sumber-sumber alternatif berkaitan dengan air; dan

Mengumpul maklumat mengenai aset-aset bekalan air di Wilayah Persekutuan.

d. Penyelarasan Dari Aspek Perundangan

Mengkaji keperluan perundangan sebelum penubuhan BKSAWP;

Mengkaji implikasi perundangan bagi penubuhan BKSAWP ke atas Akta-Akta sedia ada; dan

Menyelaras penyediaan dan penggubalan Draf Rang Undang-undang berkaitan bagi penubuhan BKSAWP.

Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan |  Penafian  |Peta Laman 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas
& juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Tarikh Kemaskini: 23/06/2017
iso intelek iso standards ukas management qrCode kwp
.