biru hijau merah
A- A A+
Bahasa Lain
1akses

benderawpberkibar
Bendera Wilayah Persekutuan

CIRI-CIRI BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

Menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.

 Kuning : Kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan.
 Biru : Perpaduan, keikhlasan, dimuliakan dan kedaulatan.
 Merah : Semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
 Jata Negara : (Lambang harimau berjuang) melambangkan Wilayah Persekutuan.
 Tiga (3) Bintang : Di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.

LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN

Senikata lagu Maju dan Sejahtera memenuhi hasrat kehidupan warga Wilayah Persekutuan.

Maju mencerminkan kemajuan yang dicapai dari segi ekonomi, politik, sosial, rohani, psikologi dan budaya.

Sejahtera dari segi aspek berikut :

Bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastrukur yang terancang dan berkualiti;
Sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat;
Keselamatan awam yang terjamin dan kemudahan rekreasi untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat;
Keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi;
Pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi;
Pencapaian ekonomi dan peluang pekerjaan untuk masyarakat; dan
Nilai kebersihan, keselesaan dan penjagaan alam sekitar.

LIRIK LAGU RASMI WILAYAH PERSEKUTUAN

"MAJU DAN SEJAHTERA"

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa
Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra
Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan

Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan |  Penafian  |Peta Laman 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas
& juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Tarikh Kemaskini: 25/09/2017
iso intelek iso standards ukas management qrCode kwp
.