//
Kementerian Wilayah Persekutuan - Objektif
biru hijau merah
A- A A+
1akses

 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada 'stakeholders' menerusi pembentukan dasar, perancangan strategik dan pelaksanaan program pembangunan yang bersepadu;

 Mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan melalui Pendekatan 'hands on', mesra rakyat, penggunaan ICT yang meluas dan pewujudan ' one stop centre';

 Memastikan penyelarasan dan keseragaman pengurusan serta pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-Badan Berkanun (BBB) adalah berasaskan kepada dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh kementerian ke arah mewujudkan PBT dan BBB yang berdikari terutamanya dari segi kewangan;

 Menjana pertumbuhan ekonomi yang berterusan melalui Pelan Pembangunan Wilayah Persekutuan yang mapan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan;

 Memastikan pembangunan di Wilayah Persekutuan adalah terkawal tanpa menjejaskan alam sekitar;

 Memastikan pengurusan bandar seperti aspek kebersihan, pengurusan dan pelupusan sisa pepejal dan penyelenggaran parit dan longkang adalah pada tahap yang terbaik;

 Mempertingkatkan sistem pengairan dan saliran terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi mengatasi masalah banjir;

 Memastikan program-program dan kemudahan-kemudahan dalam bidang pelancongan dilaksanakan dengan sistematik ke arah menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai pusat pelancongan yang utama berasaskan pusat berbelanja, pendidikan dan kesihatan;

 Merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai bandar dalam taman;

 Meminimumkan masalah kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan melalui program-program yang boleh meningkatkan tahap pendapatan penduduk;

 Mewujudkan lebih banyak pusat petempatan yang kondusif untuk keselesaan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat;

 Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kendaraan sendiri bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

 Memperbanyakkan pembinaan kemudahan-kemudahan untuk masyarakat seperti Pusat Kegiatan Masyarakat, Wanita dan Belia bagi memastikan Program-Program Pembangunan Insan dan Komuniti dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan; dan

 Memperbanyakkan dan mempelbagaikan Program-Program Pembangunan Insan, Komuniti dan Keselamatan bagi mengatasi masalah sosial dan jenayah.

Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan |  Penafian  |Peta Laman 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP)
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas
& juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas.
Tarikh Kemaskini: 25/07/2017
iso intelek iso standards ukas management qrCode kwp
.