Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

50WP

PROGRAM 50 TAHUN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wilayah Persekutuan ditubuhkan pada 1 Februari 1974 apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan yang pertama. Manakala Labuan diisytiharkan pada tahun 1984 dan seterusnya Putrajaya pada tahun 2001. Penubuhan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan mempunyai fungsi yang khusus iaitu Kuala Lumpur sebagai ibu negara, Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Persekutuan dan Labuan sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa. Sempena 50 tahun penubuhan Wilayah Persekutuan, Jabatan Wilayah Persekutuan akan menganjurkan pelbagai program yang akan menyemarakkan lagi sambutan ini seterusnya memberi manfaat serta memupuk rasa sayang dan sense of belonging kepada seluruh warga.