biru  hijau  merah
A- A A+

 

SEKSYEN BELANJAWAN DAN PENTADBIRAN KEWANGAN

Merancang dasar-dasar Kewangan Kementerian;

Merancang dan menyelaras penyediaaan Bajet Mengurus KWP dan Agensi;

Menguruskan pengeluaran waran peruntukan;

Mengagihkan Peruntukan Mengurus dan Pembangunan;

Menguruskan permohonan peruntukan tambahan;

Menguruskan permohonan pindah peruntukan;

Mengawal, menyelaras dan memantau Peruntukan Mengurus dan Pembangunan;

Menyediakan dan menyelaras Penilaian Program KWP;

Menyediakan Laporan Pengecualian;

Menyediakan ulasan mengenai implikasi kewangan bagi Kertas-Kertas Jemaah Menteri Kementerian;

Menyediakan ulasan mengenai implikasi kewangan bagi Kertas Pertimbangan untuk Kelulusan Pegawai Pengawal;

Mengurus perakuan penyaluran geran kepada badan berkanun setiap suku tahun;

Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan perbelanjaan/kewangan kepada pengurus program/aktiviti;

Memantau dan melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan mengikut tatacara kewangan semasa;

Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) peringkat PTJ dan KWP;

Menyelia dan memastikan teguran-teguran Ketua Audit Negara dan Unit Audit Dalam KWP berkenaan pengurusan kewangan diambil tindakan segera dan dipatuhi.

SEKSYEN PEROLEHAN

Melaksanakan perolehan peruntukan mengurus dan pembangunan Kementerian;

Merancang, mengurus dan melaksanakan perolehan melalui sebut harga dan tender;

Menyelaras dan melaksanakan pembelian terus;

Mengurusetiakan Lembaga Perolehan Kementerian (A&B);

Mengurusetiakan Jawatankuasa Sebut Harga kementerian;

Mengurusetiakan Lembaga Perolehan Kementerian A&B (yang berkaitan dengan peruntukan pembangunan);

Mengurusetiakan Jawatankuasa Sebut Harga (yang berkaitan dengan peruntukan pembangunan);

Urusetia kepada pelaksanaan modul sebutharga dan tender melalui sistem e-Perolehan;

Menguruskan kajian pasaran bagi penentuan harga;

Menguruskan kajian analisis prestasi pembekal.

SEKSYEN BAYARAN, HASIL DAN AMANAH

Mengurus dan memproses semua bayaran bekalan/perkhidmatan termasuk bayaran gaji, elaun, tuntutan dan bayaran balik; 

Mengurus dan memperakaunkan terimaan/ hasil Kerajaan;

Mengurus akaun belum terima;

Memproses permohonan bagi :

i. Pinjaman Kenderaan / Komputer
ii. Pendahuluan Diri / Pendahuluan Pelbagai

Memantau dan menyelia pengurusan Akaun Amanah di bawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957 dan dan Akaun Deposit Kementerian;

Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan |  Penafian  |Peta Laman 
Hak Cipta Terpelihara 2020 © Kementerian Wilayah Persekutuan
Sesuai dipapar menggunakan pelayar versi terbaru untuk Internet Explorer 10.0 dan ke atas, Mozilla Firefox 3.0 dan ke atas
& juga Google Chrome dengan resolusi 1280 X 800 dan ke atas. Tarikh Kemaskini: 23/09/2021
iso intelek iso standards ukas management qrCode kwp

 

.