SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
UNIT PEMBANGUNAN ORGANISASI
Melaksana kajian semula program dan aktiviti kementerian dan agensi-agensi;
Menjalankan kajian dan perakuan cadangan penyusunan semula agensi-agensi KWP;
Menjalankan kajian keperluan dan pewujudan jawatan baru;
Merancang pembangunan organisasi Kementerian (succession planning);
Menjalankan kajian cadangan pemansuhan jawatan dan penggredan semula jawatan;
Mengumpul, menyedia dan menyelaras maklumat perjawatan KWP dan agensi;
Melaksana kajian skim perkhidmatan di KWP dan agensi; dan
Menjalankan naziran perjawatan di KWP dan agensi
UNIT HRMIS
Menyelaras dan memantau perlaksanaan HRMIS di peringkat Kementerian dan agensi, khususnya aktiviti-aktiviti prapelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan sesuatu modul/ submodul HRMIS;
Memastikan semua data asas HRMIS disahkan (Group Verifier) dan sentiasa kemas kini;
Melantik pemilik proses dari kalangan pegawai-pegawai Pengurusan Sumber Manusia bagi setiap modul yang telah dilaksanakan mengikut Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam;
Sebagai point of reference kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS;
Bertindak sebagai Meja Bantuan HRMIS (Helpdesk Level 0) iaitu menyelesaikan masalah/ aduan pengguna di Kementerian dan agensi berkaitan pengoperasian aplikasi HRMIS;
Menguruskan latihan aplikasi HRMIS kepada pengguna dan membangunkan kepakaran untuk menggunakan aplikasi HRMIS di Kementerian dan agensi-agensinya;
Bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Pelaksanaan, Pasukan Teras dan Pasukan Jaguh di peringkat Kementerian dan agensi-agensi seliaannya;
Menyelaras penyediaan infrastruktur yang diperlukan seperti kemudahan tapak capaian/ bilik, pendawaian punca kuasa dan rangkaian bagi pelaksanaan HRMIS;
Bertindak sebagai pusat rujukan data agensi (melalui Sistem EIS yang dijana oleh Bahagian Pengurusan Maklumat, JPA); dan
Menyediakan laporan status pelaksanaan dan bilangan login HRMIS di peringkat Kementerian dan agensi dari semasa ke semasa.
UNIT KOMPETENSI
Merancang program latihan Kementerian;
Membangunkan kurikulum dan program latihan Kementerian;
Menjalankan program-program latihan peringkat Kementerian;
Menyelaras penyertaan kursus berjadual anjuran institusi latihan awam dan swasta;
Menyelaras penyertaan KWP bagi kursus di luar negara;
Mengurusetiakan Jawatankuasa Penyelarasan Latihan Kementerian dan Agensi;
Menyediakan Laporan–laporan latihan;
Mengemaskini pangkalan data latihan Kementerian;
Menyediakan Perancangan Strategik Pembangunan Sumber Manusia;
Merancang, menyelaras dan melaksana Peperiksaan Jabatan;
Merancang dan mengendalikan pelaksanaan PTK KWP;
Bertindak sebagai perwakilan Kementerian dalam Lembaga Penilaian Kompentensi Agensi-Agensi KWP;
Melaksanakan pemantauan pelaksanaan PTK peringkat Agensi;
Mengemaskini pangkalan data peperiksaan dan PTK Kementerian (bank soalan);
Menyediakan Laporan peperiksaan dan PTK;
Memberi Khidmat Nasihat berkaitan kompentensi.
UNIT DARJAH KEBESARAN & FUNGSI KHAS
Menguruskan fungsi-fungsi khas Menteri Wilayah Persekutuan yang termaktub di dalam Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 (Pindaan 2004) seperti perintah tahanan oleh yang di-pertuan Agong di bawah Kanun Tatacara Jenayah;
Menguruskan pencalonan untuk pengurniaan pingat/ darjah kebesaran ke peringkat Persekutuan/Negeri;
Menguruskan urusan perlantikan jawatan-jawatan dan perkara-perkara pentadbiran di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190);
Melaksanakan urusan-urusan perlantikan jawatan-jawatan dan perkara-perkara pentadbiran di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta536);
Menguruskan urusan perlantikan jawatan-jawatan dan perkara-perkara pentadbiran di bawah Akta Perbadanan Labuan 2001(Akta 609).
UNIT PENGURUSAN PRESTASI
Mengurus pinjaman/ tukar perkhidmatan dan pertukaran sementara;
Melaksanakan urusan tatatertib personel KWP;
Menyelaras urusan pengisytiharan harta personel;
Mengurusetiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia KWP.
UNIT PERKHIDMATAN
Melaksanakan urusan pengesahan dalam lantikan, pengesahan jawatan dan pemberian taraf berpencen;
Merancang dan mengurus penempatan personel Kementerian;
Mengurus dan memproses permohonan ke luar negeri;
Mengurus pencen dan penerimaan faedah persaraan;
Mengurus cuti personel berdasarkan Perintah Am Bab C;
Melaksanakan Penyelarasan Gaji;
Menyelaras dan memproses urusan tanggung kerja.
SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KERUSETIAAN
UNIT PENTADBIRAN
Mengendalikan urusan surat-menyurat dan sistem pengurusan fail;
Memantau kebersihan/keselamatan pejabat;
Menguruskan Kenderaan Jabatan dan Pemandu;
Menguruskan Tempahan Bilik/Makan-Minum Mesyuarat;
Menguruskan Logistik Untuk Majlis-majlis Rasmi KWP.
UNIT PENGURUSAN PUSAT SUMBER
Menyedia dan menguruskan bahan-bahan rujukan yang boleh memenuhi keperluan bantuan bekerja (working aid) kepada semua pegawai dan kakitangan KWP dan juga pengguna luar;
Dapat membina koleksi yang lebih meluas dengan mengenalpasti, memilih dan memperoleh bahan-bahan terkini mengenai perancangan, pembangunan dan kesejahteraan bandar dan wilayah;
Menyedia dan menyelenggara koleksi buku, jurnal, kertas kerja, buletin dan perkhidmatan maklumat dalam bentuk elektronik atau digital;
Membangunkan ‘knowledge management’ dalam bidang perancangan, pembangunan dan kesejahteraan bandar dan wilayah;
Menjadikan KWP sebagai pusat rujukan dan penyelidikan utama mengenai apa juga permasalahan mengenai perancangan, pembangunan dan kesejahteraan bandar dan wilayah.
UNIT PENGURUSAN FASILITI, ASET & STOR
Perkhidmatan mekanikal seperti penyaman udara, sistem pencegah kebakaran, lif, eskalator dan lain-lain;
Perkhidmatan elektrik seperti pengendalian peti suis utama, sistem pendawaian, peralatan audio visual, Lampu, CCTV, kad akses, sistem bangunan elektronik dan lain-lain;
Kerja Awam dan Perkhidmatan Housekeeping seperti kerja pembersihan di dalam dan luar pejabat termasuk ruang legar, lorong pejalan kaki, driveway;
Penyelenggaraan kecil pada asset alih seperti perabot, mesin atau peralatan pejabat;
Perkhidmatan Lanskap disekitar ruang bangunan Menara PjH;
Perkhidmatan Kawalan serangga (Pest Control) seperti fogging, menyembut racun semut dan lipas, memusnahkan anai-anai dan sebagainya;
Menyelenggarakan kemudahan dan peralatan pejabat;
Menguruskan Aset dan Stor Kementerian;
Memantau Kerosakan Pejabat;
Menguruskan Bekalan Pejabat;
Mengurusetia Jawatankuasa Pengurusan/ Pemverifikasian Aset Kerajaan;
Mengurusetiakan Jawatankuasa Pelupusan/Hapuskira.
UNIT INOVASI
Merancang, menyelaras, memantau dan memastikan program dan aktiviti kualiti KWP;
Menyelaras, memantau dan menilai pencapaian Star Rating KWP;
Merancang, menyelaras , melaksana dan memantau semua inisiatif inovasi dan kraetiviti oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KWP;
Menganjur Konvensyen KIK peringkat KWP dan agensi-agensi dibawahnya;
Menganjur Konvensyen KIK peringkat Wilayah Persekutuan;
Merancang, menyelaras dan melaksana persijilan MS ISO 9001:2008 KWP;
Menyelaras dan memantau kemajuan- kemajuan pemakaian MPK dan Fail Meja;
Menyelaras dan memantau Piagam Pelanggan, Kajian Kepuasan Pelanggan dan memastikan sistem maklum balas yang berterusan;
Mengurus setiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kualiti, Jawatan Kuasa Penyelaras Kualiti, Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) KWP;
Melaksanakan kajian kepuasan pelanggan ,Pelan Integriti Organisasi, pembudayaan nilai murni dan 5S KWP;
Menyelaras penyediaan Arahan Pentadbiran KWP.
UNIT URUSAN JEMAAH MENTERI, PARLIMEN & KEURUSETIAAN
Menyelaras penyediaan ulasan dan maklum balas KWP mengenai Majlis Jemaah Menteri (MJM);
Menyelaras penyediaan MJM dan Nota Jemaah Menteri (NJM);
Menyelaras pelaksanaan keputusan MJM KWP dan agensi-agensi di bawahnya;
Mengurus setiakan Mesyuarat Pengurusan KWP sama ada di peringkat KWP atau agensinya;
Mengurus dan menyelaras semua urusan parlimen yang melibatkan KWP dan agensinya;
Mengurus dokumentasi, pembentangan usul/ rang undang-undang berkaitan KWP dan agensi di Parlimen;
Menyelaras dan menyediakan laporan dan rumusan persidangan Parlimen.
UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI
Melaksanakan dasar perkhidmatan psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia bagi membangunkan pegawai-pegawai di kementerian yang berintegriti dan berprestasi tinggi;
Mengaplikasi penyediaan psikologi dalam aspek penilaian personel, pembangunan personel, penyelidikan psikologi, dan intervensi melalui program-program psikologi dan kaunseling;
Melaksanakan Dasar-dasar Perkhidmatan Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Melalui Pendekatan Pembangunan, Pencegahan Dan Pemulihan;
Merancang Dan Melaksana Keperluan Perkhidmatan Psikologi Di Kementerian/Jabatan;
Memastikan Pelaksanaan Dan Keberkesanan Perkhidmatan Psikologi Di Kementerian/Jabatan;
Menyampaikan Perkhidmatan Psikologi Berdasarkan Kod Etika Kaunselor Dan Psikologi.