biru  hijau  merah
A- A A+

Penyampaian Sumbangan Insentif kepada Atlet Badminton Negara

14092021 Penyampaian Sumbangan Insentif kepada Atlet Badminton Negara

Berita Terkini:

Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim menyampaikan insentif sebanyak RM50,000 kepada pemain badminton negara, Soh Wooi Yik yang mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo dalam acara beregu lelaki.

Turut menyaksikan sesi penyerahan itu ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Datuk Haji Ramlan Haji Shahean@Askolani di Menara DBKL.

Wooi Yik, 23, dilahirkan di Kuala lumpur dengan memulakan kerjaya dalam sukan badminton sejak berumur 9 tahun dan juga mewakili Wilayah Persekutuan pada SUKMA 2014 di Perlis, SUKMA 2016 di Sarawak (memenangi satu pingat gangsa acara beregu lelaki) dan SUKMA 2018 di Ipoh (memenangi 2 perak acara beregu lelaki dan campuran).

Tahniah dan Syabas Soh Wooi Yik, atlet Wilayah Persekutuan kerana mengharumkan nama negara di persadar dunia. 👏👍

#WilayahPrihatin
#WilayahCakna

.