biru  hijau  merah
A- A A+

Majlis Penyerahan Kunci SkyAwani III oleh YAB Perdana Menteri

20062022 Majlis Penyerahan Kunci SkyAwani III oleh YAB Perdana Menteri

Berita Terkini:

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri telah menyempurnakan penyerahan kunci kepada pemilik-pemilik Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Sky Awani III, Setapak hari ini. Turut menyaksikan penyerahan tersebut, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

Residensi Wilayah Keluarga Malaysia merupakan rumah mampu milik yang terletak di lokasi-lokasi strategik di Wilayah Persekutuan dan mempunyai pelbagai fasiliti dan kemudahan yang disasarkan untuk membolehkan Keluarga Malaysia golongan B40 dan M40 mampu memiliki rumah sendiri.

#OurCityOurHome
#LangkahPanglima
#KeluargaMalaysia

.