Hari terakhir Festival Lentera Putrajaya 2025 diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, sekali gus menjadi penutup indah festival ikonik ini sebelum negara melangkah ke fasa baharu pelancongan menerusi Tahun Melawat Malaysia 2026.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Festival Lentera Putrajaya 2025 bukan sahaja menutup tirainya dengan gemilang, malah menjadi platform dalam memperkenalkan lagi Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan berdaya tarikan tinggi, selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menekankan warisan, budaya dan pengalaman bandar bertaraf dunia.