Bukit Bintang kini tampil lebih gemerlapan dengan pelancaran I LITE U, sebuah inisiatif pencahayaan bandar yang memberi nafas baharu kepada landskap malam Kuala Lumpur, seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus memperkukuh daya tarikan pelancongan ibu kota.
Majlis penuh berprestij ini dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir, YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan); YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi; YB Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan; YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, serta YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE), Jabatan Wilayah Persekutuan.
Semoga cahaya yang menyinari Bukit Bintang ini menjadi aspirasi Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia yang lebih dinamik dan berdaya saing, sekali gus menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026.