TERIMA KASIH YB DATUK SERI DR. ZALIHA MUSTAFA
16 Disember 2025
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
atas kepimpinan, khidmat bakti dan dedikasi beliau sepanjang menjadi Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Sepanjang tempoh kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif dan pembaharuan telah berjaya dilaksanakan, termasuk penyelesaian isu legasi, pembelaan terhadap penjaja kecil dan peniaga mikro serta pelaksanaan tadbir urus yang lebih bersepadu dan berteraskan data.
Pelaksanaan Program Usaha Jaya Insan (PUJI) yang berjaya memacu usaha pengurangan kemiskinan tegar serta usaha memperkasa pembangunan dan kebolehhubungan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan merupakan legasi bermakna yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.
Komitmen dan keprihatinan YB yang sentiasa turun padang amat dihargai dan akan terus dikenang oleh seluruh warga Jabatan Wilayah Persekutuan.
Setulus penghargaan atas segala jasa dan sumbangan.