Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


SEKALUNG BUDI SEUTAS KASIH ❣️

YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah menghadiri Majlis Apresiasi anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan agensi diiringi oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP.

YB Menteri mengambil kesempatan buat kali terakhir untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga kerja yang telah bertungkus-lumus menjayakan aspirasi beliau sepanjang menerajui ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Semoga segala sumbangan dan jasa bakti YB Datuk Seri sepanjang tempoh perkhidmatan di JWP diberkati Allah SWT dan menjadi pemangkin semangat buat kami untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Wilayah Persekutuan.

Jejak kepimpinan yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi buat kami semua 💫

Terima kasih, YB! 🫶

Turut hadir, YBhg. Dato’ TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE), YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe), YBhg. Dato’ Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, Dr. Khairul Nizam Othman, Ketua Pegawai Eksekutif PKB, YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah PPTGWP, dan YBrs. Encik Sukuran Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan.

#DrZ #WilayahPersekutuanKita #MalaysiaMADANI