Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal PUJI@Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 21 Ogos 2025 dan dipengerusikan oleh Encik Mohd Sharif bin Mohamad Yaakob, Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi Jabatan Wilayah Persekutuan.
Dalam mesyuarat ini, rakan strategik PUJI iaitu Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) selaku penyelaras program PUJI@WPL dan Perbadanan Labuan selaku penyelaras program IPR-IBMT Labuan telah membentangkan perkembangan program yang telah dijalankan. Selain itu, penyelaras program juga turut membentangkan perancangan program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Dalam mesyuarat ini juga, Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Labuan dan rakan strategik baharu PUJI iaitu HRD Corp turut membuat pembentangan tentang program dan cadangan-cadangan bentuk kerjasama yang boleh diberikan.
Melalui mesyuarat ini, jalinan kerjasama antara agensi dan rakan strategik bagi mengurangkan kesenjangan sosial dan ekonomi rakyat di WP Labuan secara holistik telah dapat diperkukuhkan. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil daripada rakan-rakan strategik PUJI dari pelbagai kementerian serta agensi. Antara yang hadir dalam mesyuarat ini ialah wakil daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM).