SESI ‘CLOCK IN’ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (WILAYAH PERSEKUTUAN) DAN TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (WILAYAH PERSEKUTUAN)
22 Disember 2025
YB Puan Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Datuk Lo Sui Fui, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, memulakan tugas rasmi melalui sesi ‘clock in’ sebagai simbol permulaan amanah dan tanggungjawab.
Sesi ini menzahirkan komitmen kepimpinan baharu dalam meneruskan pembangunan Wilayah Persekutuan yang inklusif, mampan, dan berfokuskan kesejahteraan rakyat, sejajar aspirasi Malaysia MADANI.
Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Ramlee bin Yatim, Timbalan Ketua Pengarah (PPe) Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya, YBrs. Dr. Khairul Nizam bin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu, YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan YBrs. En. Nik Ahmad Zahiruddin bin Nik Saleh, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.