Portal Rasmi Jabatan Wilayah Persekutuan

-
-
- - - - - - - - - Data Projek RUMAWIP Yang Telah Dilancarkan
-
- - -
-
Sebutharga & Tender -
 

Program Terkini


URBANKIT INOVASI PERTANIAN BANDAR BAHARU PUTRAJAYA

YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) Jabatan Wilayah Persekutuan bersama YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya telah merasmikan Progam UrbanKit bagi Kebun Komuniti 3 (KK3) di Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Program UrbanKit ini merupakan salah satu inovasi yang diperkenalkan oleh MARDI dan direka khas untuk aktiviti Pertanian Bandar atau Urban Farming secara lebih mudah, praktikal dan lestari. Program UrbanKit yang diperkenalkan di KK3 Presint 9 ini merupakan gabungan antara aktiviti Akuakultur dan Hidroponic dan dikenali sebagai Aquaponic System. Melalui produk ini, komuniti bandar khususnya di Putrajaya dapat menyediakan bekalan makanan yang segar dan selamat di samping menyokong agenda keselamatan makanan negara sekaligus menyokong dasar Kerajaan dalam memperkasakan aktiviti Pertanian Bandar.
Selain itu, usaha sama rakan strategik dengan pihak MARDI dan juga Jabatan Pertanian menerusi Program UrbanKit ini juga diharapkan akan menjadi pemangkin kepada aktiviti pertanian bandar dan juga akan menjadi salah satu tarikan utama produk agropelancongan baru bagi Kebun Komuniti di Putrajaya.
Turut hadir, YBrs. Encik Shamshul Joehari bin Zainal Mokhtar, Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat), wakil pegawai MARDI dan Jabatan Pertanian.