Majlis Perasmian Dapur Digital di PPR Kampung Limau, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP) pada 20 Ogos 2025.
Seorang peserta, Puan Suhaila, turut berkongsi pengalaman bagaimana beliau bermula dengan penghasilan tapai, sebelum mengembangkan usaha kepada pelbagai produk makanan lain. Dapur Digital ini di bawah inisiatif Upaya@PUJI telah memperkasakan para wanita di PPR Kampung Limau melalui pelbagai bentuk bantuan dan bimbingan daripada agensi serta rakan strategik selaras dengan iltizam kerangka Ekonomi MADANI.
Majlis ini juga menyaksikan pelantikan 10 orang sukarelawan sebagai Duta Dapur Digital yang akan membimbing peserta khususnya dalam aspek pemasaran menggunakan platform digital.
Turut hadir, YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, YBrs. Tuan Haji Badrul Hisham bin Haji Baharuddin, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, YBrs. Encik Thanaselan Rajendran, Pengarah Urusan Pepper Labs, dan wakil JWP.