YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) turun meninjau keadaan PPR Seri Cempaka dan menziarahi penduduk yang terkesan akibat hujan lebat dan angin kencang yang berlaku semalam. YB Menteri juga telah mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk segera membaiki kerosakan di PPR Seri Cempaka yang terjejas akibat angin kencang semalam.