Tinjauan Ke Tapak Lestari Niaga@ WP Kuala Lumpur
Selesai sesi mesyuarat hala tuju dan inspirasi Jabatan, YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah JWP terus membuat tinjauan ke tapak-tapak Lestari Niaga di Jalan Ampang, Bukit Bintang, Pudu Ulu, D’Tebing, Bandar Tun Razak dan Cheras. YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur turut sama hadir di salah satu lokasi Lestari Niaga ini.
Ini bagi mengenal pasti penambahbaikan yang boleh diambil oleh JWP dan DBKL untuk dilaksanakan dengan segera termasuk kaedah pengoperasian yang lebih efisen.