Majlis Penyampaian Hadiah Sukan Integrasi Antara Bahagian serta Program Cilik Kembali ke Sekolah 4.0 anjuran KESWIP telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna Seri Wilayah.
Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Yasin dan Tahlil sebelum diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Mohd Zulkifli Hashim, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Wilayah Persekutuan (KESWIP).
Program ini mencerminkan usaha berterusan KESWIP dalam memperkukuh semangat kesukanan, kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan warga.